Saturday, July 20, 2013

PENGENALAN BUAH PISANG

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. DiMalaysiakultivar seperti pisang masberangancavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangkarajalangrelongtanduknipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

    Penamaan kultivar[sunting]

    Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan Musa balbisiana diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid M. acuminatadengan M. balbisiana ini dikenal sebagai M. ×paradisiaca.
    Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama kelompok kultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana Musa untuk pembahasan lebih mendalam.
    Contoh:[1][2]

    Penanaman[sunting]

    Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam. Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.

    Pembalutan tandan pisang[sunting]

    Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut selepas jantung pisang dipotong apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung Pisang berangan kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya akan pahit. Masukkan plastik pembalut untuk melindungi tandan pisang dari serangan perosak dan penyakit. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Burung, Tupai dan sebagainya. Kebanyakan petani Malaysia menggunakan plastik nipis berwarna biru untuk membalut tandan pisang. Antara faktor yang boleh dijelaskan ialah:
    • Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
    • Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
    • Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang, mudah dilihat (separa lutsinar), dan banyak dijual di kedai pertanian.

    Khasiat[sunting]

    Membekalkan tenaga[sunting]

    Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mgkarotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
    Pisang juga mengandungi asidenzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa,fruktosa, dan glukosa[3] Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
    Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesiumfosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
    Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
    Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantunghatiparu-parudan limfa.

    Kegunaan[sunting]

    Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
    Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
    Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
    Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuatpengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.

    Penuaian[sunting]

    Pokok pisang yang telah menghasilkan buah akan dipotong atau ditebang bagi mengambil tandan pisang dan memberikan anak pokok pisang yang baru tumbuh. Dalam amalan ladang komersil hanya 2-3 anak pokok sahaja yang akan dibiarkan membesar untuk mendapatkan buah pisang yang berkualiti. Batang pisang digunakan sebagai makanan ternakan haiwan dengan meracik-racuk dan boleh digunakan sebagai bahan asas untuk baja kompos. Hampir 90% batang pisang yang ditebang di Malaysia dibiarkan begitu sahaja untuk pereputan selepas menebang pokok pisang.

    Umbut batang pisang[sunting]

    Batang Pisang merupakan komponen utama dalam pokok pisang yang mempunyai beberapa lapisan kulit dan tumbuh menegak tanpa cabang. Batang pisang mengandungi air yang banyak dan ada ruang udara didalamnya. Di bahagian tengah batang pisang adalah bahagian tisu lembut berwarna putih yang dipanggil sebagai umbut pisang atau empulur pisang.
    Umbut Pisang boleh diperolehi dengan memotong batang pisang (pilih jenis pisang yang sesuai seperti Pisang Nipah, Pisang Berangan, Pisang Awak) dan sebaginya untuk dijadilan umbut pisang. Bagi kegunaan sendiri batang pisang dtpotong sepanjang 1.0 - 1.5 meter dan dibuang bahagian kulit luar berwarna coklat kehitaman selapis demi selapis sehingga sampai kebahagian umbut pisang dibahagian tengah yang berwarna putih cerah. Di Surabaya, Indonesia umbut pisang dipotong sepanjang 1.5 - 2.0 meter dan dibawa ke pasar dengan kereta untuk dijual kepada penggemar makan umbut pisang. Memang mudah untuk mendapatkan bekalan umbut pisang berbanding dengan mendapatkan bekalan umbut batang kelapa, umbut batang nipah, umbut batang Nibung atau umbut rebung buloh. Belum banyak maklumat mengenai kandungan permakanan atau nutrisi yang terkandung dalam umbut batang pisang. Ia sesuai untuk dijadikan ulam.

    Pisang dan kesihatan[sunting]

    Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
    1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
    2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
    3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
    4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
    5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
    6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
    Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)[4]

    Jenis pisang[sunting]


    No comments:

    Post a Comment